• Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

    Selasa, 8 Mei 2012

    Ondeh- ondeh Bijan/ Kuih Bom

    Resipi ni saya cedok dari blog http://sajesajemasak.blogspot.com.. Tumpang share resepi yea..

    Bahan- bahan

    3 cwn tepung pulut
    6 sdb tepung gandum
    sedikit garam
    sedikit air
    bijan

    Intinya : ( saya guna inti kacang merah, beli yang dah siap, maklumla terlebih rajinla katakan)

    Resepi inti kelapa
    Kelapa parut (lagi sedap jika guna kelapa muda)dimasak bersama gula merah dan sedikit gula putih. Masak di atas kuali sehingga kering.

    Cara-cara:
    Tepung pulut, tepung gandum sedikit garam digaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga tidak melekat di jari.
    Leperkan dan masukkan inti. Gaulkan bijan di luarnya. Kemudian goreng dengan api yang sederhana hingga masak ( jangan sampai merekah kang meletup)

    Selamat mencuba :)

    Sabtu, 14 April 2012

    Kek Sarang Tebuan / Gula Hangus

    Kek sarang tebuan/ gula hangus

    Assallamualaikum dan salam sejahtera (macam nak bagi ceramah lak) bersua lagi yea kita di ruang resepi SweetCake..hari ini saya nak berkongsi resepi kek sarang tebuan atau juga dikenali dengan kek gula hangus. Sebenarnya dah beberapa kali saya telah membuat kek ini dan hari ini baru berkesempat berkongsi resepi ini. Mudah sahaja nak membuatnya..mudah dan sedap di makan.Saya dah tak ingat saya ambil resepi dari blog siapa sebab banyak sangat yang saya jalan-jalan untuk mencuba resepi, kepada yang empunya resepi terima kasih atas resepi yang best ni..

    Kalau nak cuba buat sendiri bolehla cuba resepi ini, kalau malas bolehla order dengan saya (muahahaha)


    Bahan bahan

    2 cwn gula ]
    2 cwn air ] di masak utk gula hangus

    2 cwn tepung gandum ]
    2 s/t baking powder ] di ayak bersama
    2 s/t soda bikarbonat ]

    2 s/b mentega – dicairkan

    6 biji telur –  di pukul hingga kembang

    1/2 cwn susu pekat manis..

    Cara2
    1. cairkan/ hanguskan gula (keperangan),       
        kemudian masukkan air – biarkan sejuk
    2. pukul telur  hingga kembang
    3. masukkan susu pekat, mentega dan putar lagi
    4. masukkan gandum , putar lagi..

    5. Kemuadian masukkan gula hangus dan putar hingga sebati. (perap 3atau 4 jam)


    6. Tapis adunan dalam loyang
    7. kukus 1 jam atau hingga masak

    SELAMAT MENCUBA..

    Jumaat, 23 September 2011

    Ikan Kembung Masak Cuka



    Siapa yang tak tahu masak masakan ni kan? tapi saja je nak letakkan juga resepi di sini untuk rujukan diri sendiri dan untuk dikongsi bersama. Saya masak benda alah ni lepas jalan-jalan kat blog Mat Gebu ternampak resepi ikan masak cuka dan teringatla pula ikan haruan masak cuka emak kat kampung tu,memang sedap ikan haruan masak cuka best sesangat, tapi mana nak cari ikan haruan tu sedangkan malas nak keluar dan dah nak tengahari, jadinya masak ikan yang ada dalam peti tu..apa lagi ikan kembungla..resepi ni saya copy dari En.Mat, tapi maafla yea En. Mat saya ada tambah-tambah dan ubah suai skit ikut resepi mak...jangan marah.. :)...tulisan bewarna tu adalah tambahan dari saya....

    BAHAN-BAHANNYA :-) 
    • 2 ekor ikan kapak, kerat 2 setiap satu cuci bersih dan toskan*  (saya guna ikan kembung)
    • Sedikit serbuk kunyit*
    • Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap) 
    • 1/4 bahagian capsicum (red, green, yellow), didadu (kat rumah ada warna kuning je)
    • 1 biji bawang besar, belah 6 
    • 2 ulas bawang putih, dihiris (saya guna 4 ulas dan di belah 2 je)
    • 1 inci halia muda, hiris 
    • 2 camca besar cuka makan (mat guna jenama Tamin) 
    • Garam dan gula secukup rasa (saya tak letak gula)
    • 1/3 camca teh serbuk kunyit 
    • 1/2 cawan air 
    • 2 tangkai cili kering (dipotong pendek)
    • 3 biji cili padi (dibelah) 
    • Sedikit biji sawi 

      CARA MEMBUATNYA :-)  
    • Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. 
    • Tinggal sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, biji sawi, cili kering, cili padi, bawang putih hingga harum, masukkan serbuk kunyit, cuka dan gula, kacau rata. 
    • Tambah air dan biar mendidih.
    • Masukkan capsicum, apa-apa sayur dan juga ikan. Gaul rata dan tambah sedikit garam.
    • Masak hingga pekat, atau ikut citarasa sendiri, ada yang suka berkuah, ada yang suka kering.
    • Siap dan bolehla dimakan dengan nasi panas,..sedap ni masam-masam pedas

    Bolehla pilih nak ikut versi Mat Gebu atau versi saya, ikut citarasa masing-masing...Selamat Mencuba...




    Khamis, 22 September 2011

    Rendang Pedas Ayam Perak

    Rasanya belum terlambat lagi nak letak resepi rendang ni memandangkan sekarang masih dalam bulan syawal.
    Rendang ni memang sedap, tapi masa saya buat ni terkurang skit serbuk kunyit dengan daun kunyit, buat pun dah malam dan daun kunyit kat belakang rumah tu tak banyak pula merajuk sebab kena tinggal lama masa balik kampung (hahah.. tak disiram la tu).
    Resepi ni saya ambil dari My Resepi , resepi Ros, terima kasih Ros dengan resepi yang memang sedap ni , harap tak marah saya kongsikan resepi kat sini pula...

    Resepi dan gambar rendang seperti dibawah, bolehla cuba yea...rendang ni lagi sedap kalau kita guna ayam kampung..


    Rendang Pedas Ayam Perak 
     
    Bahan-bahan ( Satu family )
    1 kg ayam - dipotong besar2
    15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
    5 batang serai - dihiris (**)
    2 inci halia - dihiris (**)
    1 cawan kelapa parut  (saya goreng tanpa minyak hingga warna kekuningan)
    10 biji bawang merah - dihiris
    1 camca teh serbuk kunyit
    2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
    300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
    Garam dan perasa secukupnya
     

    Cara-cara 
    1. Potong daging ayam nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
      Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.

    2.  Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh  tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.  

    3.  Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali. (resepi asal tak dijadikan kerisik, tapi saya goreng kelapa parut tu hingga warna  kekuningan  untuk dijadikan kerisik)

    4.  Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati. 
         5.   Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak. 
               Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit.  

          6. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

    Selamat Mencuba :)

    Isnin, 8 Ogos 2011

    Kuih Tepung Pelita


    Hari ni sudah 8 hari kita semua berpuasa, cepat betul masa berlalu. Hari ini saya nak kongsikan resepi tepung pelita. Resepi ni selalu saya guna untuk membuat tepung pelita sebab hasilnya memang puas hati. Lemak dan manis secukup rasa. Tetapi saya dah tak ingat dari mana saya dapat resepi ini, apapun selamat mencuba.

    Resepi seperti dibawah yea;-

    Bahan A (dapat 12 cup, ikut saiz bekas)
    1) 1 cawan gula
    2) 1 cawan tepung beras
    3) 5 cawan air
    4) 4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
    5) Sedikit air kapur dan sedikit garam

    Bahan B
    1) 4 sudu besar tepung beras
    2) 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan (saya guna sekotak santan segera (kotak besar)
    4) Sedikit garam

    Cara-cara
    A
    - Campurkan semua bahan A, bancuh hingga sebati.
    - Masakkan, kacau hingga masak dan berkilat
    - Bila dah masak masukkan dalam bekas yang disukai

    B
    - Campurkan semua bahan B, masak dan kacau hingga pekat
    - Kemudian cedokkan atau curah keatas bahan A tadi
    - Sejukkan dan boleh dimakan

    Mudah kan? tak susah sebenarnya nak membuat tepung pelita ni dan rasanya lebih sedap dari kita membeli di bazar.

    Selamat mencuba :)

    Selasa, 5 Julai 2011

    Puding susu buah-buahan

    Assallamualaikum..

    Hari ini saya nak kongsi resepi puding, resepi ini sangat mudah dan sedap..puding macam ni sangat sesuai dalam cuaca panas macam ni, tambah-tambah lagi dalam bulan ramadhan yang bakal tiba..sejuk anak tekak bila makan..

    Resepi ini saya ambil dari my resepi.com (resepi Jun)




    Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
    •  1 paket serbuk agar2 (11gm)
    • 2 biji telur 
    • 4 cawan air 
    • 1/2 tin susu cair 
    • 1 cawan gula 
    • 2-3 sudu besar tepung kastad 
    • 1 tin fruit cocktail   

    Cara-cara 
    1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
    2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan. 
    3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail. 
    4.  masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
    ** Buah tu kalau nak masukkan airnya sekali pun boleh, saya hanya masukkan separuh je air buah dan saya kurangkan gula..

    Selamat Memasak : D

    Khamis, 16 Jun 2011

    Lemon Rosemary Chicken

    Selamat tengahari semua..hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang baru saya cuba semalam.

    Semalam hari yang paling segar saya rasa sepanjang 2 bulan ini, ingat akan rasa macam tu pada hari ini, rupanya meleset :( . Walaupun rasa letih badan semangat nak update blog tu tetap ada. hehehe..

    Resepi ini agak ringkas dan tiada penyediaan sos. Perahan Lemon sudah memberi rasa yang menyelerakan dan saya sediakan dengan Salad dan juga Creamy Chicken Soup (resepi ni saya akan masukkan nanti)

    Bagaimana membuatnya? resepinya dibawah....
    Bahan - bahan:- (6 orang)
    2 sudu makan minyak zaitun
    2 ulas bawang  putih
    2 sudu makan daun rosemary (saya guna daun basil, tak ada stok rosemary)
    6 ketul ayam
    2 biji lemon potong quarters
    Lada dan garam secukupnya 

    Cara Membuatnya:-
    Panaskan oven 200°C. Tumbuk bawang putih, rosemary dan kemudian sebatikan dengan minyak zaitun. Sapukan pada ayam hingga sebati dan letakkan garam dan lada.
    letakkan ayam di dulang pembakar (kulit ayam dibahagian atas), letakkan lemon yang telah dipotong  tadi dibawah ayam dan sekeliling ayam.
    Masak  dalam 1 jam atau hingga ayam bewarna keemasan.
    Hidangkan dengan lemon yang dibakar bersama.

    Mudah bukan,resepi dan cara saya dah ubahsuai mengikut cara saya, untuk resepi asal boleh rujuk disini 
    Selamat mencuba : )

    Selasa, 14 Jun 2011

    Ayam Pandan

    Hari ini terasa sangat lemah, tapi lebih baik dari semalam bila diserang demam selsema, rasa begitu teruk sekali, tapi masih boleh membuat kuih nona (hahaha..untuk makan, teringin sangat)..
    Pada malamnya terus rasa macam nak pengsan tetapi gagahkan juga diri mengadap TV sebab nak tengok drama Korea Three Sisters.. rugila kalau tak tengok sebab dah hampir kemuncak tu..cerita ni best juga sebab mengisahkan tentang kehidupan 3 beradik dengan pelbagai masalah sendiri..sampai hubby cakap drama air mata..(heheh tapi dia pun tengok juga)


    Disebabkan  rasa lemah badan, akhir-akhir ini jarang saya update blog saya ini, sedangkan banyak resepi dan cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Petang ini selesai saja saya membuat kepala Minnie Mouse saya tekad untuk berkongsi satu resepi yang saya ambil dari http://www.ezythaicooking.com....

    Semasa menggoreng ayam ni dah meleleh air liur degan aroma daun pandan dan aroma serai..

    Bahan-bahan
    1) 500g dada ayam tanpa kulit..(potong halus atau hancurkan - saya masukkan dalam plastik dan ketuk kemudian potong halus) 
    2) 5 Akar ketumbar,bersihkan dan ketuk (kalau tak ada gantikan dengan sedikit biji ketumbar, tumbuk halus)
    3) 4 ulas bawang putih, Tumbuk halus
    4) 1 sudu teh lada putih/ lada sulah
    5) 1 sudu teh sos soya
    6) 3 sudu teh sos tiram
    7) 1/2 sudu makan minyak bijan
    8)  Daun pandan secukupnya dibersihkan (untuk membalut)
    9)  Minyak secukupnya untuk menggoreng

    ** tak perlu garam sebab sos tiram dengan sos soya sudah masin, kalau letak garam terlebih sudah masinnya**
    *saya ada campurkan sedikit cili kisar untuk rasa pedas dan juga serai yang ditumbuk halus** 

    Resepi Sos Pencicah
    * 5 sudu makan gula
    * 2 sudu makan air
    * 3 sudu makan sos soya
    * 1 sudu makan sos soya hitam 
    * 1/2 sudu teh garam
    * 1 sudu makan biji bijan yang telah dipangang

     Cara membuatnya:
    1. Dalam mangkuk masukkan bahan 1 hingga 7, gaul hingga rata dan perap selama sekurang-kurangnya 2 jam.

    2. Sediakan sos pencicah dengan mencampurkan semua bahan kecuali gula dan masak dalam periuk kecil dengan api perlahan. Kemudain masukkan gula kacau hingga sebati, biar hingga mendidih dan siap, boleh dihidangkan dalam bekas

    3. Untuk membuat ayam pula, boleh lihat disini langkah demi langkah membalut dengan daun pandan.

    4. Stim ayam yang sudah dibalut selama 10 minit (saya tak stim, terus goreng dengan api sederhana) kemudian bolehla digoreng hingga masak.

    5. Siap untuk dihidangkan bersama sos.

    Selamat mencuba : ) 

    Jumaat, 6 Mei 2011

    Nasi Lemak Utara Sweetcake



    Minggu ini, saya nak kongsi resepi nasi lemak yang simple dan mudah. Resepi ni kalau tengah sibuk pun masih sempat buat. Nasi lemak dalam gambar tu saya buat 2 minggu lepas, baru nak masuk kat sini, sebenarnya banyak lagi resepi yang nak dimasukkan..satu-satula yea...Disebabkan anak sulung suka sangat nasi lemak kerap jugala saya buat kat rumah, lebih sedap dan tidak letak bahan perasa seperti Ajinomoto.

    Resepi Nasi:-
    1) 3 cawan beras (dicuci bersih)
    2) 1/2 kotak santan (saya guna jenama ayam brand atau kara) - kuantiti ikut rasa
    3) sedikit garam
    4) sedikit serbuk kunyit (jika suka untuk nasi bewarna kuning)
    5) Daun Pandan
    6) Serai (diketuk)
    7) 1 inci halia
    8) Air secukupnya

    Cara:-
    * masukkan semua bahan dalam periuk nasi elektrik , kacau biar kunyit sebati dan biar hingga masak. Setelah nasi mendidih pastikan nasi dikacau untuk meratakan santan keseluruh nasi..

    Bahan untuk sambal
    1) 20 cili kering            (dikisar halus)
    2) 3 labu bawang besar (dikisar halus bersama cili kering)
    4) 2 ulas bawang merah (dimayang halus)
    5) 2 ulas bawang putih   (dimayang halus)
    6) 2 inci belacan
    7) garam secukup rasa
    8) asam jawa
    9) 1/2 sudu kecil gula
    10) Minyaksecukupnya untuk menumis

    Cara membuat:-
    1) Tumis no 4 dan 5 hingga naik bau, masukkan cili yang telah dikisar..biar hingga naik minyak atau sehingga cili betul-betul masak
    2) Setelah naik minyak boleh dimasukkan bahan no 7 hingga 9..biar hingga masak..
    *jika hendak masukkan ikan bilis atau ayam pun boleh

    Sambil menunggu sambal masak, bolehla buat perkara dibawah:-
    - Gorengkan ikan bilis (untuk mendapat ikan bilis yang rangup..terus basuh ikan bilis,tidak perlu rendam dan sejat) -goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
    - Rebus telur ayam
    - Timun untuk hiasan

    Siap dan boleh dihidangkan dan dihias mengikut kesukaan...

    Selamat memasak : )

    Sabtu, 30 April 2011

    Bubur Lambuk Kg Baru


    Hari ni saya nak kongsikan resepi bubur lambuk. Dah lama dah saya buat bubur ni tak sempat nak masukkan kat sini. Bubur lambuk ni rasanya memang macam bubur lambuk Kg Baru, memang sedap. Nak membuatnya pun tak susah. Bahan-bahan tu boleh tambah mengikut kesukaan...saya ada tambah udang untuk rasa yang lebih sedap..bolehla mencubanya...

    Kredit kepada yang empunya resepi, boleh tengok di ( http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=93958&extra=&page=2 )

    Bahan-Bahan:
    1. 2 cawan beras [basuh dan toskan]
    2. 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
    3. 1/2 kg daging [potong kecil]
    4. 2 batang serai [ketuk]
    5. 2 s/b minyak sapi
    6. 3 s/b minyak
    7. garam
    8. air
    Bahan Tumbuk
    1. bahan tumbuk
    2. 6 ulas bawang merah
    3. 4 ulas bawang putih
    4. 1 inci halia
    Rempah tumis
    1. 1 inci kulit kayu manis
    2. 3 kuntum bunga cengkih
    3. 1 kuntum bunga lawang
    4. 2 biji buah pelaga
    Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
    1. 1 s/t jintah putih
    2. 1 s/k ketumbar
    3. 1 s/k lada sulah
    4. 1 s/k lada hitam
    5. Garam secukup rasa

    Bahan hiasan [mayang]
    • 3 tangkai daun sup
    • 2 tangkai daun bawang
    • Bawang goreng
    Cara:
    1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
    2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
    3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
    4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan garam.
    5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan

    Selamat memasak .. : )

    Rabu, 6 April 2011


    Salam Rabu semua...dah banyak hari tak update blog ni..badan tak sihat bukan setakat hilang selera makan, selera nak update blog pun tak ada juga, alhamdullilah hari ni dah ok, batuk pun dah kurang bolehla jengok-jengok blog ni. Rasanya dah lama saya janji nak masukkan resepi nasi tomato, resepi ayam masak merah dah ada, sekarang nasi tomatola pula.

    Resepi ni sangat mudah dan sedap, tak rugi mencuba. Anak-anak saya pun suka nasi tomato ni siap tambah bila makan..Resepi seperti dibawah:-

    Bahan-bahan ( 4 orang )2 cawan beras basmati  (guna beras biasa pun boleh)
    2 biji tomato-potong dadu
    2 cawan air
    1/2 cawan susu
    3 sudu besar sos tomato (guna tomato puri pun boleh)
    1 helai daun pandan
    sedikit garam

    Bahan tumis
    2 sudu mentega/ minyak sapi
    2cm kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    1 biji buah pelaga
    2 ulas bawang putih-hiris
    1/4 bawang besar dihiris

    Hiasan
    Bawang goreng

    Cara-cara
    Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan  (kalau beras biasa tak perlu direndam)
    Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
    Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
    Masaklah nasi macam biasa.
    Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

    Selamat memasak
    

    Rabu, 23 Mac 2011

    Nasi Mandy dari Hadhramaut, Yaman


    Rasa macam dah lama tak masukkan resepi kat sini yea. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang saya cuba baru-baru ni, nasi Mandy. Beginila rupa nasi yang telah siap tu. Sumber :http://resepiperantau.blogspot.com dan http://muqreez.blogspot.com/

    Bahan-bahan:
    1. Beras Basmathi (saya guna beras biasa)
    2. Ayam (potong besar)
    3. Minyak Sapi
    4. Bawang merah dan putih.
    5. Bunga cengkih,Bunga lawang,Buah pelaga,zafron(kalau takde pakai kunyit)
    6. Garam secukup rasa
    Cara-cara:
    1. Rebus ayam, simpan air rebusan untuk digunakan masak nasi.
    2. Tumis bawang and bahan-bahan rempah tadi.
    3. Masukkan ayam dan goreng sehingga kuning.
    4. Kemudian masukkan beras dan air rebusan dan serta garam secukup rasa dan masukkan semua bahan yang digoreng tadi dalam beras. Biar hingga masak
    Untuk Salathah:
    Tomato,timun,cili hijau dan yogourt dan garam secukup rasa...gaul...sedia untuk dimakan bersama nasi

    Selamat mencuba.....

    Isnin, 14 Mac 2011

    Ayam Masak Merah

     
    Hari ni nak kongsikan resepi ayam masak merah. Ini cara saya masak ayam masak merah dengan cara yang mudah dan guna bahan yang ada kat dapur je. Ayam masak merah ni sedap juga kalau dimakan dengan nasi Tomato. Layan resepi kat bawah, lain kali saya kongsi resepi Nasi Tomato pula.. : )

    Bahan -bahan
    1. Isi Ayam secukupnya (digoreng dahulu)
    2. 5 tangkai cili kering 
    3. 2 ulas bawang besar
    4. 1 inci halia
    5. 1 inci lengkuas (jika ada- tak masukkan pun tak apa)
    6. 2 ulas bawang putih (dimayang halus)
    7. 2 ulas bawang merah (dimayang halus)
    8. 1 batang serai (diketuk)
    9. 1 inci Kulit Kayu manis dan 2 kuntum Bunga lawang 
    10. 1 tin kecil tomato puri (kalau tak ada sos tomato pun boleh)
    11. 1 biji buah tomato (dicincang)
    12. 1/2 cawan susu cair / santan (saya guna susu cair)
    13. 1 sudu teh gula 
    14. Garam secukupnya
    15. Minyak untuk menumis 

    Cara-cara 
    • Kisar halus bahan 2-5
    • Tumis bahan 6-9 hingga naik bau, campurkan bahan yang dikisar, biar sampai ia masak atau naik minyak. Kemudian campurkan bahan 10-14 dan masukkan juga ayam. Dengan api perlahan biarkan kuah sedikit kering (terpulang kepada citarasa masing-masing samada nak berkuah atau kering )dan naik minyak...Siap.... mudah tak...bolehla cuba yea



    Jumaat, 11 Mac 2011

    CAKOI dan SERI KAYA

    Jom buat cakoi, petang-petang sedap makan cakoi ni, tambahan bila makan panas-panas. Saya buat mini cakoi ni minggu lepas tak sempat nak masukkan, hari ni baru sempat tu pun malas nak menaip ni main copy je resepi dari FP Mamafami. Mamafami,MamaRina tumpang copy yea..hehehe...
    Cakoi ni sedap dimakan dengan kaya,  dekat bawah saya kongsikan sekali resepi kaya..cuba jangan tak cuba mudah dan sedap...

    Bahan-bahan :

    400 g tepung ~ diayak
    1 cawan air
    1 sudu besar majerin ~ dicairkan
    1 sudu kecil garam
    3 sudu besar gula
    1 sudu besar susu pekat manis
    1 kuning telur
    2 sudu kecil yis segera
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    minyak untuk menggoreng

    Kaedah :
    1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
    2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
    3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
    4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
    5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
    6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
    7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
    8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
    Siap sedia untuk dimakan

    SERI KAYA
     Resepi Sumbangan Mak Lang Cari.com dan teratak chetam

    Bahan-Bahan
    1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
    1 ½ cawan santan (2)
    2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
    1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

    Cara
    1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
    2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

    • Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(saya letak pewarna dan perasa pandan)• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
    • Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
    * Kaya ..agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
    * boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
    * nak wangi,boleh letak daun pandan

    Isnin, 7 Mac 2011

    Nasi Goreng Ladna

    Hari ni nak kongsikan resepi nasi goreng ladna yang sangat mudah..malas-malas boleh buat ni..resepi ni boleh guna juga untuk mee dengan bihun..boleh cuba yea...bahan-bahan tu ada yang saya main campak je tak adanyer nak sukat-sukat, jadi letak ikut selera masing-masing la yea... 

    Bahan-bahan
    A) Nasi Goreng
    • Nasi Putih Secukupnya 
    • Bawang merah dan bawang putih (dipotong nipis)
    • 1inci halia (dipotong nipis) 
    • Kicap Manis 
    • sedikit air 
    • Sedikit minyak untuk menumis 
    Cara-Cara
    •   Tumis bawang dan halia hingga naik bau
    • Masukkan kicap  
    • Masukkan  air
    • Biar hingga kicap nampak mendidih, masukkan nasi, kacau rata, goreng hingga kering
    • Siap 
    ** Kalau tak mahu tumis pun boleh, terus masukkan kicap dan air sahaja 

    B) Bahan-bahan untuk Ladna
    1. Bawang merah dan putih (untuk ditumis)
    2.  3 tangkai cili padi
    3. Sedikit lada sulah
    4. Sedikit lada hita
    5. Sos Tiram
    6. Kicap cair
    7. 1/2 kiub perasa ayam
    8. Sedikit air 
    9. Isi Ayam atau seafood (jika mahu)  
    10. Sayur-sayuran (apa saja sayur kegemaran)
    Cara-cara
    •   Tumis no 1-2, masukkan no 3-8, biar mendidih dan sehingga ayam masak,masukkan sayur-sayuran..siap untuk dihidangkan
     * Tidak perlu letak garam, kicap sudah masin 
      
     Sangat mudah...selamat mencuba



    Sabtu, 5 Mac 2011

    Nasi Pilau Pakistan


    Semasa jalan-jalan cari resepi, terjumpa resepi nasi Pilau ni, nampak macam sedap dan kebetulan tak tahu nak masak apa untuk makan malam, jadinya cubala resepi ni..tak rugi mencuba memang sedap walau guna beras biasa. Nasi ini sedap dimakan dengan gulai pakistan, mulanya nak buat juga gulai pakistan tak ada bahan la pula kat rumah, saya buat kerutuk ayam dengan acar lobak merah. Kalau kerutuk ni anak sulung paling suka,bulan puasa tiap-tiap hari minta buatkan kerutuk  (Lidah Pantai Timur ni)...

    Kat bawah saya kongsikan resepi nasi, lain kali saya kongsikan resepi kerutuk ayam...selamat mencuba
      
    Bahan-bahan (sumber :Myresepi)

    4 cawan beras basmati
    3 cawan air
    1 cawan susu cair
    1 biji bawangh besar dihiris
    1 sudu besar serbuk jintan manis
    1 sudu besar serbuk ketumbar
    1 sudu besar minyak sapi
    1 cawan sayur campuran
    garam dan perasa secukupnya

    Cara-cara
    Cuci beras dan toskan
    Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi
    Goreng bawang yang dihiris hingga naik bawa dan layu
    Masukkan serbuk jintan dan ketumbar
    Masukkan beras dan kacau rata
    Masukkan susu serta air dan masak nasi hingga nasi agak kering baru masukkan sayuran campur.

    Khamis, 3 Mac 2011

    Japanese Souffle Cheesecake



     
    Nyum nyum..... Japanese Souffle Cheesecake ni memang sedap. Kek ni cair di mulut, sebab hanya sedikit sahaja tepung digunakan. Terdapat banyak jenis resepi untuk kek ini, ada yang menggunakan tepung kek dan ada yang menggunakan 2 jenis tepung. Untuk resepi yang saya gunakan hanya sejenis tepung dengan kuantiti yang sedikit. 

    Tapi untuk membuatnya agak cerewet, untuk naik gebu mcm gambar tu kadang-kadang tu agak susah, buat kek ni kena sopan santun dan lemah lembut kalau tak kek ni merajuk...agak-agak lemah lambut  macam ni

    Di bawah ni saya kongsikan resepi mengikut versi yang saya gunakan...dari mana saya dapat resepi tu saya dah tak ingat dah....Bolehla cuba ye....kalau malas tu boleh order dengan saya..heheheh 
    Bahan-bahan:-
    250 gm Cream Cheese
    75 ml susu segar
    130 gm gula castor
    4 biji telur (asingkan)
    40 gm tepung jagung
    1/2 sudu teh cream of tartar
    Cara membuatnya:-
    Panaskan oven pada suhu 180C dan alaskan acuan tin 8 cm. Panaskan cream cheese dan susu sehingga cheese larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh gula  ke dalam adunan cheese  bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar.
    Telur putih dipukul hingga menjadi meringue. Masukkan Meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie selama 45 minit-1jam.

    Rabu, 2 Mac 2011

    Pau lembut dan sedap


    Akhirnya berjaya juga membuat pau yang betul-betul lembut dan gebu. Pau ni lembut macam kat kedai. Rasanya ni kali ke tiga cuba buat pau dengan resepi yang berbeza, Alhamdulillah kali ke tiga ni menjadi..Pau ni saya buat semalam sambil-sambil tengok cerita Magika (Dah empat kali tengok cerita ni, anak-anak suka sangat sampai boleh hafal lagu-lagu kat dalam cerita tu..best juga cerita Magika ni....sebelum ni anak-anak asyik ulang tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, kelakar sampai terburai perut...hahaha,) dah tolong buat iklan lak...

    Berbalik cerita pasal Pau ni...kalau nak cuba saya kongsikan resepi kat bawah. Resepi ni saya ambil dari blog Tirana dan resepi asal dari Mat Gebu

    Bahan-bahan untuk doh ( 10 biji )
    240 g tepung "Hong Kong", (guna tepung pau pun ok) - (saya guna tepung pau)
    1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
    1 camca teh yis   (saya letak 1 1/2 sudu teh)
    25 g lemak sayur (shortening)
    100 ml air suam*
    30 g gula halus*
    1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
    2 sudu teh bread Softener  (ni saya tambah sendiri)

    Bahan-Bahan untuk inti 
    Inti kacang:
    200 g kacang merah
    air secukupnya ( utk rebus kacang)
    gula pasir (secukup rasa)
    beberapa helai daun pandan 


    Cara buat inti

    Campur semua bahan dan masak sehingga kacang kembang dan pekat/kering. Sejukan sebelum dimasukkan kedalam dough pau. Boleh juga dimasak di dalam slow cooker.

    Cara-cara buat doh
    1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis, bread softener dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

    2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat-bulatkan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan, sudukan inti yg telah sejuk tadi (kalau nak mudah bulat - bulatkan dahulu inti yang hendak digunakan) dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat-bulatkan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg telah disapu dengan lemak sayur.

    3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

    4. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan. Kalau guna pengukus elektrik hanya 10 minit.

    Note: Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting untuk doh. Masukkan kesemua bahan dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.
    Sekian untuk resepi Pau....cubala pasti menjadi...

    Isnin, 28 Februari 2011

    Sup Gear Box


    Pada mulanya  tekak ni terasa nak makan sup tulang, tapi bila pergi ke tempat menjual daging, tulang dah habis yang tinggal Gearbox saja. samalakan tulang juga tu, apa lagi belijela, harga pun tak mahal sangat. 2 kilo RM20.00 (bahagi dengan mak mertua,tak habis 2 kilo tu makan berdua je).

    Rasa sup ni memang sedap manis dan lemak. Kena makan panas-panas kalau tak lemak-lemak tu akan membeku. Yang paling  saya suka bahagian sum sum tulang tu,memang lemak berkrim..nyumm nyumm.

    Kat bawah ni saya kongsi resepi saya yang ringkas dan mudah. Kalau bekerja tu bolehla cuba di hari minggu.

    Bahan-bahan
    1. 1 kilo Gearbox (dicuci)
    2. 2 ulas bawang merah*
    3. 2 ulas bawang putih*
    4. 2 inci halia *
    5. Garam secukup rasa
    6. Bunjut Tulang (siap dengan bunga lawang dan Kulit Kayu manis) *
    7. 2 sudu makan minyak masak (untuk menumis*) 
    8. Air secukupnya 
    9. Daun Sup - dihiris halus
    10. Limau Nipis - dipotong
    11. Batang saleri - dipotong 
    12. Cili padi dipotong halus dan kicap (jika suka - untuk dihidangkan bersama sup) 

     Cara Membuatnya 
    • Rebus gearbox dalam periuk yang sesuai (jika ada pressure cooker lagi bagus - saya hanya guna periuk biasa)
    • Rebus hingga daging dibahagian gearbox menjadi lembut - saya rebus hampir 4 jam
    •  Pastikan air tidak kering ketika merebus, tambah air jika perlu
    • Sementara menunggu lembut, dengan menggunakan kuali tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan semua bahan yang ada bersama bunjut sup tulang.
    • Tumis hingga naik bau kemudian angkat dan campurkan kedalam sup - kacau
    • Bila daging sudah lembut baru masukkan garam.
    • Siap dan boleh dihidangkan bersama daun sup, limau nipis dan sos kicap bercili
    Mudah tak? sambil menunggu sup tu masak, boleh sambil-sambil buat kerja lain. Saya sempat keluar ke rumah mak mertua, pergi pasaraya membeli barang bila balik daging dah lembut..(haha saya takla tinggalkan sup tu tanpa ada orang kat rumah tengok-tengokkan,bahaya tu)

    Selamat mencuba 





    Jumaat, 25 Februari 2011

    Jemput Udang dengan Sos Cili Padi??

    Jemput udang dengan Sos cili padi? sedap ke? biar betul....kalau belum pernah makan tu mungkin akan ada persoalan macam ni. Kalau nak tahu memang sedap cicah sos cili padi macam ni..besttttt....tapi janganla banyak-banyak sangat cicah tu kang terbarai isi perut tu penangan kepedasan tu...

    Kali pertama saya tengok jemput dengan sos ni masa saya pergi belajar buat cup cake dengan Kak Ayu (loveliana),  saya terpikir soalan yang sama, tapi bila dah makan alamak bestnya, nanti saya minta resepi dari Kak Ayu boleh kongsi kat sini...

    Kat bawah ni saya kongsikan resepi jemput udang dengan sos cili padi (versi saya sendiri), bolehla mencuba untuk minum petang nanti...

    Bahan-bahan untuk Jemput Udang

    1. 300gm tepung gandum
    2. 1 biji telur 
    3. 1 sudu makan gula
    4. 2 sudu teh garam  (ikut rasa masing-masing)
    5. 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit 
    6. Udang secukupnya 
    7. Air secukupnya (jgn terlalu cair dan pekat) 
    8. Bawang besar dimayang halus
    9. Sayur tauge atau apa saja sayur 
    10. Minyak untuk menggoreng 

    Cara Membuatnya 
    1.  Satukan semua bahan di atas, kacau hingga sebati,pukul biar kembang..dan ketepikan selama 15 minit
    2.  Jemput guna tangan atau sudu untuk digoreng
    3. Goreng hingga masak atau warna keemasan
    4. Siap.

    Bahan Sos Cili Padi 
    1.  5 biji cili padi (ikut tekak masing-masing) - kalau cili padi tu jenis teramat pedas kurangkan
    2.  3 sudu teh gula 
    3. Garam secukup rasa (saya letak 1 1/2 sudu teh)
    4. 1/2 sudu teh cuka
    5. 2 biji Limau nipis 
    Cara membuatnya 
    1.  Bahan 1 hingga 4 dimasukkan dalam pengisar dan dikisar halus
    2. Perahkan limau nipis dan siap dihidangkan.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...