Oreo Chilled Cheese Cake dengan topping blueberry tempahan Kak Ronita.. (biasanya akan dihias dengan Biskut Oreo kat atas ni, tapi Kak Ronita minta letakkan blueberry sebagai topping, inila hasilnya)
Terima kasih kak Ronita sudi order disini, Kak Ronita dah sms pun komen, katanya kek ni sedap, balik dari kerja dah separuh dah tinggal.
Pagi-pagi Jumaat ni nak kongsikan gambar cheese cake yang dibuat baru-baru ni.
Cheese Cake ni hampir sama dengan Japanese Souffle Cheese Cake, cuma ada sedikit perbezaan bahan dan cara membuatnya sahaja.
Kalau tengok kek ni memang nampak gebu gitu...memang kek ni gebu, lembut..cair dimulut bila makan. Memang terasa Cheese tu..kepada penggemar Cheese Cake,Cake ni memang best.
Sesuai dengan ciri-cirinya, kek ni dinamakan dengan Feather Light Cheese Cake.. layan gambar - gambar kek ni...amacam geram tak tengok?
Sengaja saya letakkan patung-patung bear kat belakang tu...rembat bear anak sulung (Masturina),tak pasal-pasal bear-bear ni kena jadi model...Bear ni simbolik kepada kegebuan kek ni..
Chocolate Cheese Cake...Kek yang dilimpahi rasa cheese dan chocolate dan tanpa tepung. Kek ini sangat sesuai untuk penggemar cheese dan chocolate. Klik Disini untuk harga
Kalau tengok kat gambar tu, akak buat 2 lapis dasar,1 lapis biskut digestive dan 1 lapis lagi biskut Oreo...kat atas tu pula dihias taburan biskut Oreo dan biskut Oreo...confirm sedap
Kepada penggemar Cheese, kek ini sangat sesuai untuk citarasa anda, kek tanpa tepung dan tidak dibakar ini kaya dengan rasa cheese, yogurt dan juga vanila ice ..sekali rasa pasti inginkannya lagi...
1) Harga untuk satu adunan
RM 45.50(saiz 9.5 inci
2) Tanpa Campuran Ice Cream RM 40.50 sahaja