• Jumaat, 11 Mac 2011

    CAKOI dan SERI KAYA

    Jom buat cakoi, petang-petang sedap makan cakoi ni, tambahan bila makan panas-panas. Saya buat mini cakoi ni minggu lepas tak sempat nak masukkan, hari ni baru sempat tu pun malas nak menaip ni main copy je resepi dari FP Mamafami. Mamafami,MamaRina tumpang copy yea..hehehe...
    Cakoi ni sedap dimakan dengan kaya,  dekat bawah saya kongsikan sekali resepi kaya..cuba jangan tak cuba mudah dan sedap...

    Bahan-bahan :

    400 g tepung ~ diayak
    1 cawan air
    1 sudu besar majerin ~ dicairkan
    1 sudu kecil garam
    3 sudu besar gula
    1 sudu besar susu pekat manis
    1 kuning telur
    2 sudu kecil yis segera
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    minyak untuk menggoreng

    Kaedah :
    1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
    2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
    3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
    4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
    5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
    6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
    7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
    8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
    Siap sedia untuk dimakan

    SERI KAYA
     Resepi Sumbangan Mak Lang Cari.com dan teratak chetam

    Bahan-Bahan
    1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
    1 ½ cawan santan (2)
    2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
    1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

    Cara
    1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
    2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

    • Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(saya letak pewarna dan perasa pandan)• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
    • Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
    * Kaya ..agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
    * boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
    * nak wangi,boleh letak daun pandan

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...