• Memaparkan catatan dengan label Cakes. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label Cakes. Papar semua catatan

    Jumaat, 7 Februari 2014

    Lapis Marie Cheese


    Lapis Marie Cheese untuk pelbagai majlis dan pelbagai saiz.. yang pastinya kek ini sangat sedap dengan rasa yang kaya dengan cheese.. Untuk tempahan atau pertanyaan whatapps/wechat/telegram/sms saya ditalian 014-2313843




    Isnin, 28 Mei 2012

    Kek bentuk Kereta


    Kek bentuk kereta, kek ini sesuai untuk majlis hari jadi anak. Saiz kereta ini adalah kecil dan sesuai diletak sebagai topper atas kek.

    Dua pilihan untuk anda ( kek 2kg) :-
    1) Fondant (kereta dan kek) = RM 190.00
    2) Separuh Fondant (Kereta fondant dan kek buttercream) = RM150.00



    Isnin, 2 April 2012

    Angry Bird Cake


    3D ANGRY BIRD CAKE
    1) Buttercream   RM 95.00
      2) Fondant         RM 125.00




    Figurine Angry Bird Cake
    ** Fondant , from RM 125.00

    Jumaat, 30 Mac 2012

    Angry Bird

    Cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga balik kampung tujuan tu nak mengantar emak balik, kesian dia dekat 4 bulan juga dia tinggalkan kampung tu sebab menjaga anak bongsunya yang bersalin, siapa tu? Hehe sayala tu :)
    Bermacam- macam rancangan dalam kepala ni termasukla buat kek birthday untuk anak saya yang kedua ni.. Beriya- iya dia nakkan kek Angry Bird. Jadinya terpaksala curi masa membuat karakter angry bird ni, yang jadi malas nak buat tu sebab si kecik yang baru berusia 2 bulan sekejab sangat tidurnya, baru buat sikit dah bangun, nasib baik buat awal sempatla berekor- ekor Angry Bird ni disiapkan. Kat sini saya ada masukkan beberapa gambar kek angry bird (Fondant)




    Sebelum balik tu sempat juga menyiapkan Japanese Souffle Cheese Cake dengan Strawberry Cheese Tart tempahan kawan di kampung.
    Terima kasih Chaq dan kawannya sebab sudi order dari orang jauh ni :)



    Selasa, 5 Julai 2011

    Gateau (kek) Buah-Buahan




    Kek buah-buahan dengan fresh cream, kek ini memang sedap dengan rasa yang tidak terlalu manis, rasa ising yang sedap dan diperkaya dengan rasa buah-buahan. 
    Bahagian dalam kek ini di layer dengan fresh cream yang telah dicampur dengan buah-buahan sangat sesuai kepada penggemar fresh cream dan buah-buahan.

    Tak rugi mencuba, RM 50.00 (saiz 9 inci)

    Khamis, 5 Mei 2011

    Rich Moist Choc Cake dan Lasagna daging


    Rich Moist Choc Cake dan lasagna daging tempahan Dr. Rosini.

    Dr. Rosini memang gemarkan Rich Moist Choc Cake dengan fresh cream.

    Kepada Dr. Rosini terima kasih daun keladi,  harap berpuas hati.






     

    Selasa, 3 Mei 2011

    Kek Opera


    Kek Opera ini sangat sedap dan kaya dengan rasa coklat dan badam.

    Kek opera digubah dalam enam lapisan – tiga lapisan nipis almond cake atau dipanggil joconde biscuit yang setiap lapisnya disimbah sirap kopi, diperisakan pula dengan westwern buttercream perisa kopi, satu lapisan chocolate ganache dan diakhiri dengan chocolate glaze.
    (dalam gambar tu saya buat 8 lapisan...ada extra kek..heheh)
    Kepada peminat coklat, kek ini sangat sesuai dengan rasa 2 jenis coklat. Saya beri 5 bintang untuk kek ini sebab penuh dengan rasa coklatnyer,...

    Sweetcake sedia menerima tempahan kek opera ini (6 lapisan (kek nipis, atau 4 lapisan (kek tebal)) harga adalah seperti dibawah:

    Satu adunan (bentuk panjang atau 4 segi) RM65.00 sahaja.. (termasuk fresh cream dan simple decoration), tambahan RM5.00 jika ingin letak buahan-buahan atas cream.




    Rabu, 13 April 2011

    Choc Cake dengan Cream Cheese ni tempahan Dr. Rosini. Kek ni hanya untuk makan petang Dr. sekeluarga, saja saya hias cara basketweave nak cuba corak mcm ni cantik tak jika guna freshcream, hasilnya mcm kat gambar, garis-garis tu akan lebih cantik jika guna buttercream.

    Kek corak basketweave ni sangat sesuai untuk hantaran kerana ia boleh dipelbagaikan seperti meletak pemegang sama seperti bakul dan atas kek boleh dihias bunga dari buttercream, fondant atau pun bunga segar. kat bawah saya masukkan juga gambar-gambar contoh dari laman web lain...kalau berminat boleh tempah dengan saya.. : )






    Rabu, 30 Mac 2011

    Banana Choc Cake

    Banana Chocolate Cake atau dalam bahasa melayu nyer kek pisang coklat..kek ni tempahan dari Gamuda untuk majlis yang akan dilangsungkan hari ini. Berat kek ni 1 kg++ hanya RM 30.00 sahaja.
    Terima kasih untuk tempahan yang dibuat harapa berpuas hati.
    Terima kasih daun keladi..

    Fruit Cake

    Kek buah (berat 1 kg ++) tempahan dari Gamuda.
    Harga kek ni hanya RM35.00 sahaja (saiz 8inch x 8inch).

    Terima kasih sudi tempah di Sweetcake..terima kasih daun keladi



    Kek buah juga ada disediakan dalam bentuk kek cawan (Fruit cup cake) harga hanya RM 1.50 (saiz M). Minimum order 16pcs.



    Jumaat, 21 Januari 2011

    Homemade Ice Cream Cake


    Ermm...ice cream cake...ini cubaan saya untuk kali kedua buat ice cream cake ni..kali pertama buat hampeh, kali kedua ni dah lulus ni...lepas ni nak cuba buat layer ice cream cake lak dan lepas tu bolehla open untuk order..hahah
    Kat gambar ni kek coklat dengan vanila dan coklat ice cream..kalau gemarkan ice cream memang best kek ni..

    Khamis, 2 Disember 2010

    Choc Banana Cake


    Choc Banana Cake kaya dengan rasa choc dan pisang..tak salah kalau mencuba memang sedap kek ini. Hanya Klik disini

    Ahad, 6 Jun 2010

    Castle Cake




                 Castle cake sangat sesuai untuk sambutan hari jadi ,berat lebih kurang 2 kg.

    Isnin, 24 Mei 2010

    Kek lapis Cheese Masam Manis

    Cheese Cake



    Kepada penggemar Cheese, kek ini sangat sesuai untuk citarasa anda, kek tanpa tepung dan tidak dibakar ini kaya dengan rasa cheese, yogurt dan juga vanila ice ..sekali rasa pasti inginkannya lagi...

    1) Harga untuk satu adunan
    RM 45.50(saiz 9.5 inci
    2) Tanpa Campuran Ice Cream  RM 40.50 sahaja

    Toping Pilihan;-

    1) Strawbery
    2) Blueberry
    3) Buah-buahan (+ RM7.00)

    Isnin, 10 Mei 2010

    Kek Bunga





    Kek Bunga

    Sangat sesuai untuk sambutan hari ibu, hari kasih sayang dan lain-lain sambutan. Kek span yang dilapisi dengan krim Strawberry menaikkan rasa masam-masam manis.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...