• Jumaat, 25 Februari 2011

    Jemput Udang dengan Sos Cili Padi??

    Jemput udang dengan Sos cili padi? sedap ke? biar betul....kalau belum pernah makan tu mungkin akan ada persoalan macam ni. Kalau nak tahu memang sedap cicah sos cili padi macam ni..besttttt....tapi janganla banyak-banyak sangat cicah tu kang terbarai isi perut tu penangan kepedasan tu...

    Kali pertama saya tengok jemput dengan sos ni masa saya pergi belajar buat cup cake dengan Kak Ayu (loveliana),  saya terpikir soalan yang sama, tapi bila dah makan alamak bestnya, nanti saya minta resepi dari Kak Ayu boleh kongsi kat sini...

    Kat bawah ni saya kongsikan resepi jemput udang dengan sos cili padi (versi saya sendiri), bolehla mencuba untuk minum petang nanti...

    Bahan-bahan untuk Jemput Udang

    1. 300gm tepung gandum
    2. 1 biji telur 
    3. 1 sudu makan gula
    4. 2 sudu teh garam  (ikut rasa masing-masing)
    5. 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit 
    6. Udang secukupnya 
    7. Air secukupnya (jgn terlalu cair dan pekat) 
    8. Bawang besar dimayang halus
    9. Sayur tauge atau apa saja sayur 
    10. Minyak untuk menggoreng 

    Cara Membuatnya 
    1.  Satukan semua bahan di atas, kacau hingga sebati,pukul biar kembang..dan ketepikan selama 15 minit
    2.  Jemput guna tangan atau sudu untuk digoreng
    3. Goreng hingga masak atau warna keemasan
    4. Siap.

    Bahan Sos Cili Padi 
    1.  5 biji cili padi (ikut tekak masing-masing) - kalau cili padi tu jenis teramat pedas kurangkan
    2.  3 sudu teh gula 
    3. Garam secukup rasa (saya letak 1 1/2 sudu teh)
    4. 1/2 sudu teh cuka
    5. 2 biji Limau nipis 
    Cara membuatnya 
    1.  Bahan 1 hingga 4 dimasukkan dalam pengisar dan dikisar halus
    2. Perahkan limau nipis dan siap dihidangkan.




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...