• Isnin, 28 Februari 2011

    Sup Gear Box


    Pada mulanya  tekak ni terasa nak makan sup tulang, tapi bila pergi ke tempat menjual daging, tulang dah habis yang tinggal Gearbox saja. samalakan tulang juga tu, apa lagi belijela, harga pun tak mahal sangat. 2 kilo RM20.00 (bahagi dengan mak mertua,tak habis 2 kilo tu makan berdua je).

    Rasa sup ni memang sedap manis dan lemak. Kena makan panas-panas kalau tak lemak-lemak tu akan membeku. Yang paling  saya suka bahagian sum sum tulang tu,memang lemak berkrim..nyumm nyumm.

    Kat bawah ni saya kongsi resepi saya yang ringkas dan mudah. Kalau bekerja tu bolehla cuba di hari minggu.

    Bahan-bahan
    1. 1 kilo Gearbox (dicuci)
    2. 2 ulas bawang merah*
    3. 2 ulas bawang putih*
    4. 2 inci halia *
    5. Garam secukup rasa
    6. Bunjut Tulang (siap dengan bunga lawang dan Kulit Kayu manis) *
    7. 2 sudu makan minyak masak (untuk menumis*) 
    8. Air secukupnya 
    9. Daun Sup - dihiris halus
    10. Limau Nipis - dipotong
    11. Batang saleri - dipotong 
    12. Cili padi dipotong halus dan kicap (jika suka - untuk dihidangkan bersama sup) 

     Cara Membuatnya 
    • Rebus gearbox dalam periuk yang sesuai (jika ada pressure cooker lagi bagus - saya hanya guna periuk biasa)
    • Rebus hingga daging dibahagian gearbox menjadi lembut - saya rebus hampir 4 jam
    •  Pastikan air tidak kering ketika merebus, tambah air jika perlu
    • Sementara menunggu lembut, dengan menggunakan kuali tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan semua bahan yang ada bersama bunjut sup tulang.
    • Tumis hingga naik bau kemudian angkat dan campurkan kedalam sup - kacau
    • Bila daging sudah lembut baru masukkan garam.
    • Siap dan boleh dihidangkan bersama daun sup, limau nipis dan sos kicap bercili
    Mudah tak? sambil menunggu sup tu masak, boleh sambil-sambil buat kerja lain. Saya sempat keluar ke rumah mak mertua, pergi pasaraya membeli barang bila balik daging dah lembut..(haha saya takla tinggalkan sup tu tanpa ada orang kat rumah tengok-tengokkan,bahaya tu)

    Selamat mencuba 







    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...