Hari ni nak kongsikan resepi nasi goreng ladna yang sangat mudah..malas-malas boleh buat ni..resepi ni boleh guna juga untuk mee dengan bihun..boleh cuba yea...bahan-bahan tu ada yang saya main campak je tak adanyer nak sukat-sukat, jadi letak ikut selera masing-masing la yea...
Bahan-bahan
A) Nasi Goreng
- Nasi Putih Secukupnya
- Bawang merah dan bawang putih (dipotong nipis)
- 1inci halia (dipotong nipis)
- Kicap Manis
- sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
- Tumis bawang dan halia hingga naik bau
- Masukkan kicap
- Masukkan air
- Biar hingga kicap nampak mendidih, masukkan nasi, kacau rata, goreng hingga kering
- Siap
** Kalau tak mahu tumis pun boleh, terus masukkan kicap dan air sahaja
B) Bahan-bahan untuk Ladna
- Bawang merah dan putih (untuk ditumis)
- 3 tangkai cili padi
- Sedikit lada sulah
- Sedikit lada hita
- Sos Tiram
- Kicap cair
- 1/2 kiub perasa ayam
- Sedikit air
- Isi Ayam atau seafood (jika mahu)
- Sayur-sayuran (apa saja sayur kegemaran)
Cara-cara
- Tumis no 1-2, masukkan no 3-8, biar mendidih dan sehingga ayam masak,masukkan sayur-sayuran..siap untuk dihidangkan
* Tidak perlu letak garam, kicap sudah masin
Sangat mudah...selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang diberikan :)