• Ahad, 9 Januari 2011

    Rich Moist Choc Cake & Lasagna Ayam




    Akhirnya internet kat rumah dah kembali normal...dah beberapa hari saya tak boleh bertenet nii...gambar- gambar kat atas tu adalah gambar tempahan pelanggan tetap saya Dr. Rosini, kali ni beliau order Rich Choc Moist Cake dengan Fresh Cream (RM53.00 - berat lebih kurang 2 kg). Kek ni untuk hari lahir anak beliau tapi beliau minta tidak perlu tulis apa-apa. Hiasan yg simple tapi menarik..buah anggur, limau dan daun yang diperbuat dari coklat (buat sendiri tu..heheh)...taburan gula atas anggur untuk menampakkan gaya yang lebih exotic dan dramatic (muahaha, yeala tu)

    Beliau juga order lasagna ayam (Family Size - 11 inch x 6 inch) boleh makan lebih kurang 8 orang reganya RM 42.50 (ayam) RM 39.50 (daging). semasa hantar tu lasagna baru keluar dari oven masih panas gitu, terpaksala lapik talam kat  bawah tu, Dr jgn lupa yea talam saya tu..kehkeh

    Harap Dr. berpuas hati dengan kek dan lasagna tu...

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...