Dah lama rasanya tak masukkan resepi..hari ni baru sempat nak upload gambar yang dah lama simpan kat kamera tu.
Kali ini saya nak berkongsi resipi untuk makan malam, sesuai untuk orang yang sedang diet sebab hidangan ni tidak terlalu berat dan sesuai juga untuk dhidangkan pada hari istimewa..
Bahan-bahan
1- Daging (kuantiti terpulang kepada anda)
* diperap dengan sedikit lada hitam, halia, bawang putih (semua ditumbuk) sedikit minyak zaitun dan sedikit garam.
2- Roti Perancis, potong dan belah (kuantiti terpulang)
* disapu dengan mentega yang telah dicampurkan dengan sedikit bawang putih dan juga cinnamon (serbuk kulit kayu manis)
3- Kentang dipotong 4 dan direbus hingga lembut (campur sedikit garam semasa rebus)
4- Brokoli dan batang saderi dipotong (direbus 5 minit)
Cara membuatnya:-
1- Bakar daging yang diperap sehingga masak, setelah masak potong mengikut kesukaan
2- Masukkan roti kedalam oven dan bakar selama 10 minit
3- setelah siap boleh letakkan kedalam pinggan dan hiaskan
Bahan untuk Sos
1- Minyak/ mentega
2- 3 sudu makan tepung gandum
3- 1/2 kiub ayam
4- Lada hitam (sebahagian ditumbuk dan sebahagian diabiarkan)
6- 1 cawan susu segar
Cara- cara
- panaskan mentega, kemudian masukkan tepung ,kacau supaya tidak berketul,masukkan susu, kiub ayam dan kacau hingga agak pekat. Siap untuk diletakkan di pinggan.
Mudah bukan? untuk melengkapkan lagi makan malam, hidangkan dengan air campuran seperti dibawah
Cara untuk menyediakan air ini mudah sahaja, tapi hasilnya sangat sedap
Bahan-bahan
- Jus Sunquick
- Jus Rebina
- Gula
- Ais batu
Kuantiti bahan mengikut kepeluan masing-masing. Campurkan semua bahan dan kaca,masukkan ais batu dan siap
Selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang diberikan :)