• Isnin, 14 Februari 2011

    Rahsia Awet Muda

    Dah lama rasanya saya tak share info untuk bahagian kesihatan. Kali ni saya nak cerita skit pasal Jus pegaga. kat dalam gambar tu jus pegaga yang saya buat Jumaat lepas, baru sempat masuk N3. Jus pegaga ni memang saya suka dan saya akan buat sendiri jus ni sebab lagi fresh dan tiada campuran perasa. Biasanya setiap bulan saya akan buat Jus ni..sebab tu awek muda kot (muahahah perasan). Semasa berpantang pun saya amalkan makan ulam dan minum jus pegaga (jus suam). Ada yang kata Jus ni tak sedap, bagi saya ok je..kat sini saya kongsi cara membuat jus pegaga

    Resepi Jus Pegaga
    Bahan-bahan
    1. Seikat pegaga (dibersihkan - rendam dahulu dalam air untuk menghilangkan kekotoran)
    2.  Gula secukup rasa (saya letak 5 sudu makan)
    3. Air masak (mengikut kesukaan dan berpadanan dengan gula - saya letak hampir penuh pengisar)

    Cara Membuatnya
    1.  Potong kecil daun pegaga yg telah dibuang akar (saya hanya buang sebahagian akar, sebahagian lagi saya kisar sekali daun)
    2. Masukkan dalam pengisar bersama air serta gula dan kisar
    3. Tapis jus yang dikisar kedalam bekas
    4. Sedia untuk minum (boleh disimpan dalam peti untuk beberapa hari) 


    Selain dari sedap, banyak khasiat pegaga ni, antaranya;
    • Awet Muda
    • Menyegarkan Badan
    • Mengurangkan Berat Badan
    • Merawat Pitam
    • Rawatan Lepas Bersalin

    Untuk keterangan selanjutnya boleh klik link dibawah  
     Sumber: pakarhowto.com/rahsia/rahsia-khasiat-pegaga.html



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...