• Selasa, 22 Februari 2011

    Karipap Pusing



    Kali ni nak share resepi karipap pusing. Resepi ni saya ambil dari http://rinnchan.fotopages.com . ni saya copy je resepi dari Kak Rinn. Kalau nak tengok step by step buat karipap ni boleh tengok kat blog kak Rinn ni. Resepi ni memang menjadi rangup dan sedap..cubala mesti tak rugi.

    KARIPAP PUSING

    Bahan-bahan:
    1. Doh minyak
    300gm tepung gandum
    secubit garam
    1/4 cawan minyak masak
    1/2 cawan air suam
    * Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

    2. Doh marjerin
    150gm tepung gandum
    100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

    Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

    Inti keledek
    2 biji ubi keledek, dipotong kiub
    1 biji bawang besar, dipotong halus
    2 ulas bawang putih, dipotong halus
    Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
    3 sudu besar serbuk kari
    1 pelepah daun kari
    Garam dan gula secukup rasa
    Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
    * Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.




    2 ulasan:

    1. Sedapnye karipap daging nie....suke3x...

      nanti melawat la laman santai "MANJERLULU" tau. Tq

      BalasPadam
    2. Nanti akak jalan-jalan kat situ, terima kasih sudi singgah blog akak

      BalasPadam

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...