• Khamis, 10 Februari 2011

    BBQ di Pantai Bagan Lalang

    Sotong yang besar tapi lembut dan manis, ikan bawal emas yang sentiasa tersenyum walaupun dibakar rasa ikan ni leeemakk dan manis ,ikan kembung besar dan manis isinya..
          Sedap nih, semuanya manis,paling sedap pepahat (yg bentuk memanjang tuh)


     Bagan Lalang dikatakan tempat matahari terbenam tercantik di Malaysia..

     Laut kat sini ombaknya tidak kuat rasa selamat sikit budak-budak main air
       Pasir kat sini putih dan halus

      Iqbal masa main pun serius je muka dia
     Paling seronok budak-budak nila, mandi laut sampai dah hitam kulit tu


    Sekadar berkongsi...last En3 sebelum CNY tu saya ada bgtau nak jalan-jalan cari makan,..memang betul2 cari makan tu..bbq kat pantai Bagan Lalang... 

    Apa yang best kat sini eak? mestila makanan laut yang fresh.. harga tu tak pastila mahal ke tak tapi bagi saya berbaloi la dengan kesegaran tu..harga ikan bawal emas macam dalam gambar sekilo RM26.00 (boleh dapat 2 ekor sekilo) Sotong lak RM22.00sekilo (ada telur tu..besstt), ikan kembung tak ingat lebih kurang RM12 sekilo, Udang tak ingat pula harganya..pepahat RM 20.00 sebungkus (dlm 1 kilo) pepahat tu ramai yg tak pernah tengok termasukla saya..rasanya macam lala sedap dan manis.....kalau hari-hari makan macamni confirmla asid urik tinggi.. 

    Kat sana ada juga tempat untuk menyewa khemah, satu hari RM30.00 khemah macam dalam gambar, ramai juga yang berkhemah kat situ beberapa hari, kami sekeluarga menyewa homestay dekat kawasan situ..

    Pendek kata lain kali boleh pergi lagi ke Bagan Lalang.. 


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...