• Rabu, 29 Disember 2010

    Colmar Tropical Bukit Tinggi, Pahang - Jom ke sana



    Muahahaha...akhirnya sampai juga kat Bukit Tinggi ni..rasanya sejak awal kahwin dah teringin nak datang sini. Sekarang anak sulung dah nak masuk darjah 2 baru sampai..heheh hampir 8 tahun tu ngidam nak dtg sini..

    Tempat ni memang cantik ..nak masuk kat sini Dewasa RM12, kanak-kanak 4 tahun ke atas RM 8.00.
    Sesiapa yang berminat dengan photographer  tempat ni memang sesuai..tapi makanan mahal, jadi kami sekeluarga bawa bekal dari rumah..jimat hehhe..

    Disebabkan terlebih rajin, saya ada buat kek coklat sebagai pencuci mulut untuk dibawa ke sana..kat bawah tu gambar Rich Moist Choc Cake yang saya buat...kalau nak order boleh juga hahah

     Kek ni kalau dimakan tanpa topping pun sedap juga, mcm ni la rupa nyer tanpa topping

     Ini siap diletakkan topping chocolate dengan hiasan yang ringkas..Kalau hias macam ni anak-anakla yg paling suka sebab ada warna warni ni..
    Ni pula siap dipotong,konon-konon nak rasa, tapi kalau sepotong macam ni rasa ke ?hehhe..kek ni memang sedap dan sgt lembut.. Kek ni saja je saya layerkan dengan coklat maklumla terlebih rajin.

    Kesimpulannya Bukit Tinggi ni memang menarik dan kalau nak berjimat tu bawa bekal sendiri..

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...