• Khamis, 22 September 2011

    Rendang Pedas Ayam Perak

    Rasanya belum terlambat lagi nak letak resepi rendang ni memandangkan sekarang masih dalam bulan syawal.
    Rendang ni memang sedap, tapi masa saya buat ni terkurang skit serbuk kunyit dengan daun kunyit, buat pun dah malam dan daun kunyit kat belakang rumah tu tak banyak pula merajuk sebab kena tinggal lama masa balik kampung (hahah.. tak disiram la tu).
    Resepi ni saya ambil dari My Resepi , resepi Ros, terima kasih Ros dengan resepi yang memang sedap ni , harap tak marah saya kongsikan resepi kat sini pula...

    Resepi dan gambar rendang seperti dibawah, bolehla cuba yea...rendang ni lagi sedap kalau kita guna ayam kampung..


    Rendang Pedas Ayam Perak 
     
    Bahan-bahan ( Satu family )
    1 kg ayam - dipotong besar2
    15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
    5 batang serai - dihiris (**)
    2 inci halia - dihiris (**)
    1 cawan kelapa parut  (saya goreng tanpa minyak hingga warna kekuningan)
    10 biji bawang merah - dihiris
    1 camca teh serbuk kunyit
    2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
    300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
    Garam dan perasa secukupnya
     

    Cara-cara 
    1. Potong daging ayam nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
      Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.

    2.  Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh  tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.  

    3.  Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali. (resepi asal tak dijadikan kerisik, tapi saya goreng kelapa parut tu hingga warna  kekuningan  untuk dijadikan kerisik)

    4.  Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati. 
         5.   Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak. 
               Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit.  

          6. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

    Selamat Mencuba :)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...