• Khamis, 22 September 2011

    Kek Marble, tempahan Kak Ina

    Tempahan ni sebenarnya diambil  malam Khamis lepas, tak tahula kenapa baru-baru ni tak boleh nak buka blog untuk update, alhamdulillah hari godek punya godek dah boleh buka dah.

    Tempahan ni last minute dari Kak Ina, pagi Khamis tu K. Ina call minta tolong buatkan apa-apa kek yang mudah dan senang untuk dipotong kecil, nak buat open house hari Jumaat tu. Puas juga memikir kek apa, last2 kek marble kebetulan semua bahan dah ada kat rumah.

    Kek marble ni memang sedap, lembut,lemak, ringan dan cukup rasa. Saya ada buatkan saiz kecil untuk anak-anak makan, sekejab saja dah licin sempatla saya simpan untuk suami seketul dua untuk rasa. Kat bawah tu rupa kek marble yang dah dipotong, yang ni saya guna perisa Cappuccino, strawberry dan vanilla. haa..nampak gebu kan, bukan nampak je memang gebu dan lembut pun..

    Kepada Kak Ina , terima kasih dan harap berpuas hati :)







    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...