Dah lama nak update tempahan Lagsana Ayam dan lasagna Daging ni, tapi sejak Isnin lepas asyik berulang ke Hospital PutraJaya hinggala hari ini. 3 hari berturut-turut tu bertandang kat sana. Bila balik rumah tu sibuk menyiapkan anak ke Sekolah dan suami lak nak ke tempat kerja kemudiannya urus rumah dan kemudiannya memang letihla dan terasa malas nak mengupdate blog ni.
Kenapa eak berulang ke Hospital tu? ada macam-macam hal, amik darahla masalah dengan kandunganla kena pergi kerap sikit sebab Doktor nak tengok perkembangan kandungan ni...
Berbalik kepada tempahan,..hari ni baru berkesempatan dan rajin sikit nak mengupdate...terima kasih kepada Kak Wati yang membuat tempahan Lasagna ayam dan kepada Zura pula tempah Lasagna daging pada hari Ahad baru-baru .Harap Kak Wati dan Zura berpuas hati..jangan malu-malu nak order lagi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang diberikan :)