• Khamis, 10 Januari 2013

    Bukan terus menyepi

    Walawe.. Dah bersawang dah blog ni bukan setakat bersawang, kalau boleh naik rumput mau tak nampak tuan rumah ni..
    Itulah rindu betul nak meng'update' blog ni tapi tak berkesempatan, jangan ingat suri rumah tak sibuk, suri rumahla yang paling sibuk, dari awal pagi urus anak2, urus rumah, memasak, membasuh, mengasuh banyak lagi la kerja2 suri rumah ni pendek cerita bangun paling awal, tidur paling lambat. Tambahan pula sekarang ni ada anak kecil baru masuk satu tahun umur dia tak dapatla nak membuat bisnes untuk sementara waktu..

    Alkisahnya nape lak tak boleh? Malas eak? Salah tu salah, situasi tak mengizinkan.. Kalau dulu2 Tun Teja menyelit keris di pinggang akak pun sentiasa menyelit keris di pinggang bezanya keris ni lebih berat ( korang faham ke tak nih?) senang cerita sentiasa mendukung anak la..macam mana tu nak menghias kek? Akak hias konpem dia hias juga kan.. Buah hati yang sorang ni memang tak boleh jauh, melekat je ngan mama dia..
    Itula buah hati ke empat akak,Muhammad Danish Akmal, last kot nih.. Hehe

    Harap2 bila dah boleh berjalan tak la merap dgn mama, bolehla mama berbisnes balik ni..

    Sebelum menamatkan coretan ni (coretan? Betul ke perkataan nih mcm tulis surat cinta lak.. Hihi) akak nak ucapkan terima kasih kepada cust yang ada tepon, sms, email akak untuk membuat tempahan.. Maafla yea akak terpaksa membuat kos lepas untuk sementara waktu ni, lepas ini bolehla kita berurusan lagi, rajin2 la singgah blog akak ni..

    Ok mau tidurrr., dah ngantuk, esok nak kena bangun awal, anak2 sekolah.. Daaa
    Luv uolls

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...