• Khamis, 19 Januari 2012

    Bercuti Panjang

    Cakkk!!..uii makcik lama tul tak update blog yea... :)) okey hari ni saya curi masa untuk update kat sini. Untuk sementara ni saya dengan sendirinya meluluskan cuti selama 2 bulan kepada diri sendiri sebabnya mestila tengah berpantang.. Kali ini bersalin mudah betul tak payah nak sibuk2 plan cuti, bahagikan kerja selama bercuti... yang penting masa pantang pun tak adala calling2 tanya pasal kerja..legaaa

    Hendak dimulakan cerita, Pada 3 Januari 2012, jam 7.41 pagi , saya telah selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.15kg secara normal, di Hospital Putrajaya. sedangkan sebelum ini doktor menyarankan saya bersalin secara pembedahan kerana masalah "Placenta Low", tapi hujung2 mengandung tu alhamdulillah plasenta sudah naik dan boleh bersalin secara normal.

    Apapun terima kasih kepada doktor2 yang bersusah payah hari tu walaupun saya lagi terasa susah dan payah (sakit wooo) dan kepada doktor pakar yang saya booking tu terima kasih juga walaupun tak sempat nak menyambut baby ni sebabnya semasa nurse call dia baru buka 7, tercepat lak baby ni nak keluar jadinya doktor2 yang sedia ada kat situla yang sambut baby ni. Bila doktor pakar sampai semuanya dah selamat, beliau sambung acara jahit menjahit jela ..ngee...


    Dalam sibuk2 berpantang anak kena demam kuningla pulak, semua ubat atau jamu tak amik, makanan berempah  tak makan, dapat juga kuning. Beberapa kali berulang alik ke Klinik Kesihatan last2 kena juga berkampung 2 hari kat  Hospital Serdang. Kesian anak mama kena duduk bawah lampu biru. Tak kisahla asalkan baby sihat kann..Terima kasih kepada Nurse2 dan doktor2 di Hospital Serdang yang sememangnya mesra alam dan terutamanya kepada adik ipar yang banyak membantu (memang mudah sebab dia doktor kat situ..ngeh ngeh).


    Tak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Nurse2 yang datang ke rumah, nanti saya bagi kad bisnes yea..heheh..

    Okla setakat ini rapu raban saya,lain kali saya akan update lagi, insyaallah saya akan masukkan resepi2 baru lagi..:) 

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...