• Isnin, 8 Ogos 2011

    Kuih Tepung Pelita


    Hari ni sudah 8 hari kita semua berpuasa, cepat betul masa berlalu. Hari ini saya nak kongsikan resepi tepung pelita. Resepi ni selalu saya guna untuk membuat tepung pelita sebab hasilnya memang puas hati. Lemak dan manis secukup rasa. Tetapi saya dah tak ingat dari mana saya dapat resepi ini, apapun selamat mencuba.

    Resepi seperti dibawah yea;-

    Bahan A (dapat 12 cup, ikut saiz bekas)
    1) 1 cawan gula
    2) 1 cawan tepung beras
    3) 5 cawan air
    4) 4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
    5) Sedikit air kapur dan sedikit garam

    Bahan B
    1) 4 sudu besar tepung beras
    2) 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan (saya guna sekotak santan segera (kotak besar)
    4) Sedikit garam

    Cara-cara
    A
    - Campurkan semua bahan A, bancuh hingga sebati.
    - Masakkan, kacau hingga masak dan berkilat
    - Bila dah masak masukkan dalam bekas yang disukai

    B
    - Campurkan semua bahan B, masak dan kacau hingga pekat
    - Kemudian cedokkan atau curah keatas bahan A tadi
    - Sejukkan dan boleh dimakan

    Mudah kan? tak susah sebenarnya nak membuat tepung pelita ni dan rasanya lebih sedap dari kita membeli di bazar.

    Selamat mencuba :)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...