• Khamis, 19 Mei 2011

    Carrot Cake tempahan Suria

    Carrot Cake ni tempahan dari orang jauh, utara sana.

    Tempahan dari sahabat lama Suria, sahabat sejak dari tingkatan satu hinggalah sekarang..kek ini saya bawa balik ke kampung dan dalam perjalanan balik singgah di kedai sahabat saya ni di Gurun dekat dengan Pasaraya Aneka untuk beri kek ini.

    Masa singgah tu tak sempat jumpa Suria sebab dah keluar, memang sentiasa sibuk Suria ni, kek tu saya tinggalkan kepada pekerjanya seperti yg diminta oleh Suria.

    Sahabat saya ni ada menjual barangan berkonsepkan English dan mengambil tempahan membuat langsir. Untuk tengok barang-barang beliau bolehla klik di  sue_sweethome.

    Kepada Suria terima kasih daun keladi...

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Terima kasih atas komen yang diberikan :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...