Salam Rabu semua...dah banyak hari tak update blog ni..badan tak sihat bukan setakat hilang selera makan, selera nak update blog pun tak ada juga, alhamdullilah hari ni dah ok, batuk pun dah kurang bolehla jengok-jengok blog ni. Rasanya dah lama saya janji nak masukkan resepi nasi tomato, resepi ayam masak merah dah ada, sekarang nasi tomatola pula.
Resepi ni sangat mudah dan sedap, tak rugi mencuba. Anak-anak saya pun suka nasi tomato ni siap tambah bila makan..Resepi seperti dibawah:-
Bahan-bahan ( 4 orang )2 cawan beras basmati (guna beras biasa pun boleh)
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato (guna tomato puri pun boleh)
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato (guna tomato puri pun boleh)
1 helai daun pandan
sedikit garam
Bahan tumis
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris
Hiasan
Bawang goreng
Cara-cara
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan (kalau beras biasa tak perlu direndam)
Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Selamat memasak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang diberikan :)